Wednesday, February 16, 2011

Cerpen : Aaliyah Isteriku

“Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. 

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. ”Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. ”Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. ”Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. ”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. 

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. ”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. ”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. ”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” ”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. ”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. 

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. 

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. breet breet... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. ”Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Assalamu'alaikum sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. abang yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Alhamdulillah, Aliyah sudah lengkap berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam. Dia tidak sehebat Aliyah.Aliyah sayangkan abang... 

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Dia tidak sehebat Aliyah pernah tak kita beli makanan, sebab yang Aliyah tahu, abang cukup tidak suka makan makanan luar.Aliyah sayangkan abang... 

3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang... abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. 

Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. abang yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah. Assalamu'alaikum sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

Rumahtangga

Assalamualaikum..
Kpd semua rakan taulan yg seringkali melayari blog yg tak seberapa ini..di sini saya ingin kongsikan kisah rumahtangga..ops, jgn salah faham.....bukan kisah rumahtga saya ( berdosa buka pekung di dada yg mengaibkan suami..nauzubillah ) ..tp kebanyakkan dr masyarakat kita..

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Rumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurgaku.

Tuesday, February 15, 2011

RASULULLAH S.A.W

as'salam..
salam maulidur rasul buat semua sahabat..semoga kepimpinan Rasulullah s.a.w menjadi ikutan kita dalam apa jua bidang yg diceburi..sempena hari kelahiran baginda s.a.w..hayati bait2 lirik rasulullah by hijjaz...

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Monday, February 14, 2011

Buatmu Adam..

buat insan bergelar adam ( lelaki )

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

dariku...
Hawamu

Sunday, February 13, 2011

Amir Excident...

salam...
sedang aku ngan hubby ralit menatap laptop dan pc msg2, terdengar bunyi sms masuk ke hp cokia ku..2 kali berturut2..hubby amik hp dan baca sms dr ibu qaseh n faizah " amir xcdnt depan bhp btu 3, skrg kt emegency..tak tau keadaan lg"..aku ngan hubby pon tanpa fikir pnjg terus siap2 dan angkt adam dr buaian..bergegas ke kuantan skali lg..
( sebenarnya aku bru je blk dr ktn, smpai umah jam 9.15mlm ) dalam kereta kami sempat berborak tentang isteri amir yg mengandung 7 bulan..ya ALLAH, berikanlah ketabahan buat isterinya.

seusai menitipkan Adam pd cikcu, kami bergegas ke HTAA..hampir semua ahli keluarga berada di ruang menunggu emergency room dgn mata yg merah..aku menemui ibunya, tanpa kutanya dia lantas menceritakan bgmana kejadian ini berlaku..kami terus menunggu, ingin mengetahui keadaan amir lebih detail..doktor pgl ibu dan ayahnya utk emaklumkan sesuatu..keluarnya kedua mereka aku melihat 'mok' dan 'ayoh' mengongoi..ya ALLAH, apa dh terjadi..kami tenangkan kedua2nya, lantas mereka bercerita " doktor kt bahagian dalaman amir dh teruk, mgkin kereta tuh gilis atas badannya"..ALLAHUAKHBAR..Hanya DIA Yang Maha Tahu..

tidak lama selepas itu, isteri amir tiba dari Temerloh bersama 2 abgnya, dengan langkah longlai dia menolak pintu bilik emergency utk melihat sendiri keadaan suaminya, aku turut sama masuk menemani dan memapah isterinya yg kesedihan..hiba turut menguasai diriku..malangnya, isterinya dimtk keluar utk tenangkan diri terlebih dahulu..

setelah hampir stgah jam menanti, amir ditolak keluar utk ke bilik x ray...isterinya meluru dan menatap hiba sang suami yg terlantar..ketika ini airmata ku menitis laju..simpati dan empati menguasai diri..yaALLAH, kuatkanlah hati isterinya..mencium dahi dan pipi suami tercinta menyebabkan dia terus hiba...aku ke belakang utk tidak terus menyaksikan adegan itu, hiba, sebak, pilu bercampur baur di dalam hati...

disebabkan hubby kena kerja ari ni, kami terpaksa pulang semula ke pekan pd jam 3 pg..tiba di rumah jam 3.45 pg dengan wajah kepenatan..kerisauan menyebabkan aku tidak mampu tido dgn lebih lama...lantas kucapai hp utk bertnya sesiapa shj mengenai perkembangannya..

seorg sepupu sms berbunyi " amir masih di operation room, lom tau keadaan sebenar"..kubls.."apa2hal nt tlg update"
dua jam lalu sms msuk lg berbunyi "amir dh siap operate, doktor kata harapan tipis sbb hatinya dah terkoyak, ada kt wad tgkt 3 HTAA"...sms tersebut trus ku'forward' kpd adik bradik hubby yg berada jauh di perantauan..

ya ALLAH, KAU kurniakanlah keajabaian dan mukjizatMU, berkat doa kami..berikanlah sesuatu yg terbaik utk keluarga kami, tabahkanlah hati keluarganya terutama isteri yg sarat mengandung, berikanlh kekuatan kpdnya supaya menerima dugaanMU dengan redha...amin

kpd rakan2 yg membaca, tlg sedekahkan doa utk sepupu hubby ni..plzzz..

Thursday, February 10, 2011

Novel : Terlanjur Menyintaimu..


Assalamualaikum...
TERLANJUR MENYINTAI MU
HaiQal. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, HaiQal tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti HaiQal? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.
HaiQal terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya.Kenapa?...Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.
"Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.”
"Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak..."
Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk  membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai HaiQal. Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di Mesir. Izham bijak memainkan kata katanya dengan rupa  parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham, seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.
Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.
Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di Mesir kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama HaiQal bermula. Aku telah dijodohkan dengan HaiQal oleh ayah ku. Entah mengapa, ayah terlalu sukakan HaiQal sedangkan HaiQal hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, HaiQal mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan HaiQal sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada HaiQal andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap HaiQal memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu.
Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.
Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan HaiQal lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan HaiQal kerana aku menyangka HaiQal bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.
"Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita."
Aku tidak berani memandang wajah HaiQal ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, HaiQal memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiran ku pada perkara yang lain. HaiQal merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang HaiQal dan cuba berlagak serius.
"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli  HaiQal. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajah ku dijajahnya.
"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Sayyidatul HannaN Binti Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut HaiQal.
Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang ku minum. Pantas tangan ku mencari tisu di dalam beg tangan. HaiQal masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh HaiQal bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh... Lelaki, semuanya sama...
"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Sayyidatul HannaN Binti Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan  merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.
"Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." HaiQal tersenyum lagi. Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. HaiQal membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.
"Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada HaiQal. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya.
"Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakk!!!... Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. HaiQal bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.
"Assalamualaikum..." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku berjumpa dengan HaiQal, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang HaiQal. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh... makin difikir, makin pening aku dibuatnya.
*******************************************************************
Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin HaiQal juga begitu. Perhubungan aku dan HaiQal memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum HaiQal melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. HaiQal benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecil ku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi HaiQal bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.
"Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak."
Tiba-tiba HaiQal memegang tangan kanan ku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darah ku ketika itu.Aku  menjarakkan diri.Bulat mata ku memandangnya. Tanpa segan renungan HaiQal semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. HaiQal cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata  manisnya.
"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!
"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentak ku tiba-tiba dengan penuh berani.
Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat. HaiQal hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarah ku yang tiba-tiba.
"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Sayyidatul HannaN. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata HaiQal kali ini. Aku masih tidak memandang wajah HaiQal.
"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa HaiQal lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." HaiQal berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marah ku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya HaiQal masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumah ku.
Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri HaiQal supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. HaiQal tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi.
HaiQal masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri HaiQal. Sampai bila aku mampu bertahan. HaiQal terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap HaiQal sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini. 
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya HaiQal menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan HaiQal yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta HaiQal akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggang ku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang...
Aku tergamam. Pinggang ku masih lagi dipaut oleh HaiQal. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak HaiQal ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang
"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi HaiQal.
"Saya tunggu awak..."
"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni."
HaiQal mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluar pun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati HaiQal. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.
"Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Tak pe lah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang." Aku pura-pura menguap di hadapannya. "Ahh... ngantuknya.."
"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." HaiQal terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.
Sesekali aku menjeling ke arah HaiQal yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan HaiQal.
"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." HaiQal menasihati aku. Langkah ku terhenti.
"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.
"Tak pe lah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," HaiQal mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...?
Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan HaiQal sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi HaiQal bijak memainkan peranannya sebagi suami.
"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh HaiQal tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.
"HannaN...HannaN... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salah ke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak...
"HannaN ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni..." HaiQal menyampuk. Aku menjeling pada  HaiQal. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggang ku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.
"Ye lah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.
"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."
Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat HaiQal tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggang ku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik HaiQal sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.
"Tak pe lah, mak ayah. HannaN ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang HannaN ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru HannaN balik. Mak dan ayah tak payah tunggu HannaN. Tak tahu pukul berapa HannaN balik."
"Hari ni kan Ahad,HannaN. Takkan bekerja jugak. Kesian kat HaiQal ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si HaiQal ni. Kesian HaiQal." Berbakul-bakul ibu membela HaiQal. Eeeee... bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan HaiQal, ibarat panggang jauh dari api.
"HannaN memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan HannaN tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan HaiQal akan membantu aku.
"Tak pe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang HannaN pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." HaiQal menyokong aku. Lega rasanya di hati. Aku memandang HaiQal. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan HaiQal.
"Saya pergi dulu, bang..." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan HaiQal yang sebenarnya dibuat-buat.
*******************************************************************
Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di Mesir. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan HaiQal. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima HaiQal bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang  menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.
Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada HaiQal. Kadangkala aku terlalu bencikan HaiQal tetapi kehadiran HaiQal jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku.
Tidak dapat ku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain HaiQal yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktor ku, aku lapar dia menjadi tukang masak ku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantar ku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti HaiQal? Bukan Izham?
Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodoh ku memang bersama HaiQal. Sisa-sisa hayat ku adalah hidup bersama HaiQal sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untuk ku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milik ku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milik ku aku abaikan begitu saja. Antara HaiQal dan Izham??? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh... Terlalu sukar hidup ini.
"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik..." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada HaiQal dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada HaiQal. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerja ku di pejabat.
"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi bukannya aku marahkan HaiQal, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. HaiQal masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahi ku. Aku menepis dengan kuat tangan HaiQal. Berkerut-kerut dahi ku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahan ku, HaiQal terus mendukung ku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh HaiQal menjadi sasaran aku untuk memukul.
"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.
"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang."  HaiQal... Sungguh mulia hati mu. Aku buta untuk menilai kasih sayang mu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanita ku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit HaiQal menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya HaiQal yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan HaiQal.
Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada HaiQal berubah menjadi kasih dan sayang pada HaiQal. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan HaiQal yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci maki ku dan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada HaiQal. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada HaiQal walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan.
Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipan ku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada HaiQal. Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi HaiQal akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.  Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah HaiQal Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan HaiQal. Selepas ini HaiQal bukanlah lagi
peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman HaiQal dan gurauan HaiQal. Ooohh... TUHAN!!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Sayyidatul HannaN. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."
HaiQal mengusap rambut ku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahi ku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mata ku ketika itu masih tertutup. Mungkin HaiQal menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati HaiQal dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah HaiQal ketika itu. HaiQal, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hati mu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon dari mu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya HaiQal. Terasa kecil diri ini di hadapan mata mu HaiQal.
"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada HaiQal sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. HaiQal tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget. 
"Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." HaiQal sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.
"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otak ku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di Mesir. Rasanya tiada langsung wajah HaiQal yang pernah aku jumpa. Betul ke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?
"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang HaiQal cakapkan sebentar tadi?
"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja.Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak." HaiQal menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil.  Tuhan menemukan aku dan HaiQal tanpa aku mengenali siapa dirinya. HaiQal terlalu pandai menyimpan rahsia.
"Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.
"Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." HaiQal tertunduk menahan sebak di dada.
"Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat..."
Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir HaiQal. Apa yang dia cuba maksudkan? HaiQal yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah HaiQal yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.
"Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini."
Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah HaiQal, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan diri mu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidup ku. HaiQal hanya mampu tersenyum. Dia memegang tangan ku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah.
"Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak.
"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi...
Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh... undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah HaiQal lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta HaiQal pada diri ini. Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu... HaiQal tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta HaiQal, tiada di luar.
Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat HaiQal meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin HaiQal tidak mampu untuk  berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dada ku semakin terasa. Tangan ku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat HaiQal. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.
Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada HaiQal biarpun HaiQal berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya...
"Bahawasanya saya HAIQAL BIN HASHIM dengan ini menceraikan SAYYIDATUL HANNAN BINTI HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"
-HAIQAL BIN HASHIM-
Dia benar-benar melakukannya... Pertama kali air mata ku mengalir. Aku kini bukan milik HaiQal lagi. Tahniah untuk diri ku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang. Ooohh... HaiQal. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulut mu. Kenapa hati mu terlalu lembut?  Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi diri mu HaiQal... Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada HaiQal sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...
*******************************************************************
Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan HaiQal. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana HaiQal membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi HaiQal tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari HaiQal. Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain HaiQal yang boleh menjadi suami ku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari HaiQal? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja HaiQal tidak mahu  berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?
Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan HaiQal. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan HaiQal tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu,sebelum kehadiran HaiQal. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu. HaiQal telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu.
Aku terlalu rindukan kehadiran HaiQal di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada HaiQal semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari HaiQal yang tertinggal di rumah ku selepas HaiQal menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang HaiQal tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.  Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang HaiQal lebih mengenali aku daripada aku mengenali diri ku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. HaiQal... Di mana kau sekarang...
Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang HaiQal tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja HaiQal kerana HaiQal bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang HaiQal.
HaiQal kini berada di wad jagaan rapi (ICU). HaiQal sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang HaiQal. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan HaiQal dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan HaiQal sekali lagi. HaiQal... Ya Tuhan, selamatkan HaiQal.
Andai ada jodoh ku bersama HaiQal, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurnia Mu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita HaiQal. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan HaiQal. Bagaimana keadaan HaiQal sekarang? Jari ku tidak putus asa ligat mendail nombor  telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan HaiQal. Mungkin sekarang HaiQal amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh HaiQal. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh dari mu tapi hati ini terlalu dekat pada mu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar diri mu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.
Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidup ku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas  keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini. HaiQal... Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. HaiQal tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila...
"Maafkan ibu, HannaN. Ibu tak dapat hubungi HannaN dua hari yang lalu. HaiQal sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu HannaN. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh HaiQal. Dia terlalu rindukan HannaN tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf HannaN..."
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada HaiQal.
"Maafkan HannaN, HaiQal.HannaN bersalah pada HaiQal dan HannaN tidak sempat untuk sujud di kaki HaiQal. Maafkan HannaN, maafkan HannaN..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat HaiQal yang wujud dalam diri ini tapi kini HaiQal meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. HaiQal tidak pernah  menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata HaiQal malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga HaiQal sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. HaiQal meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik.
Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara HaiQal. Aku dapat merasakan HaiQal seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya. HaiQal, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf pada mu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cinta mu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untuk ku baru kini dapat ku baca.
Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untuk ku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!... Ikhlasnya cinta mu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama.
Selafaz doa aku bacakan untuk mu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon pada mu HaiQal... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergian mu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.
”Sesungguhnya... syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang... Permata hati buat isteri yang disayangi Sayyidatul HannaN Binti Hamdi... Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas... Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya. Saya sayang awak lebih dari segalanya. Saya mencintai awak dengan setulus hati. Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini. Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak...”
 -HAIQAL BIN HASHIM-
 01 JANUARI 2003
Moral of the story : Cintailah orang yang menyintai kita setulus hati...
Wallahu A'lam..

Buat Insan Bernama Suami


assalamualaikum...
Dedikasi terindah buat suami yang paling dicintai..
Hubby…
Sesungguhnya... syurga seorang isteri adalah ketika bersama suaminya dalam susah dan senang... Permata hati buat suami yang disayangi AHMAD FADLI BIN ISMAIL... Dunia saya sewaktu bersama hubby dirasakan amat luas... Hubby adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... ... saya sayang hubby lebih dari segalanya. Saya mencintai hubby dengan setulus hati. Tatkala lafaz nikah terucap di bibir hubby, airmata syukur telah menitis laju dari kelopak mata ini . saya bertuah kerana dijodohkan dengan lelaki yang cukup sempurna. Saya ingin sekali menjadi isteri yang terbaik untuk hubby walau apapun yang bakal terjadi. Saya telah merelakan diri ini berkorban segalanya untuk kebaikan rumahtangga kita berdua. Hubby adalah harta yang paling berharga buat diri saya. Menjaga kebajikan hubby adalah tanggungjawab yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Hawa untuk Adam...... walaupun, bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun satu saat dan ketika, saya tiada di sisi hubby lagi Saya harap hubby tidak pernah lupa akan kewujudan diri ini yang sentiasa mencintai hubby dengan seikhlas hati ini…
Isterimu dunia akhirat,
Honey 
9.17pm
10 Feb 2011


Tuesday, February 8, 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta

salam..
kukira lagu ini mampu mengusik jiwaku sbg wanita..
lagu nih juga telah kukerat utk dijadikan ringtone nokia 5530 ku..
menggantikan ringtone yg telah 5 tahun kuguna..patah hati by sudirman


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


TUHAN, berikanlah aku cinta kasih suamiku buat selamanya...

Monday, February 7, 2011

Sakit...

salam...
utk semua yg menjadi pembaca setia blog aku nih..
pg td satu peristiwa yg tidak diigini berlaku kpd guru besar skolahku..
bermula saat beliau ingin ke sekolah seperti biasa, beliau mengalami sakit perut yg teramat sgt..ditemani isteri tersayang, beliau gagahkan diri memandu ke unit kecemasan hospital pekan, tanpa meminta bantuan sesiapa utk menghantar beliau memandangkan isteri tersayang tidak boleh memandu...
sememangnya beliau sudah menghidap pelbagai penyakit sebelum ini, bermula dengan jantung, darah tinggi dan kencing manis..namun tidak pernah kami sangka..beliau akan mengalami kegagalan usus utk berfungsi spt biasa..
jam 12.00 tgari, seusai kumengajar, kami berkejar ke wad kecemasan hospital pekan utk melihat keadaan beliau..kami bernasib baik krn beliau masih menunggu utk menaiki ambulance..tak sangka kami akan melihat bapa kesayangan kami dalam keadaan kesakitan sedemikian rupa..luluh hatiku melihat keadaannya yg berselirat wayar penyambung tuk membuang air...
" ya ALLAH, tabahkanlah hatinya dan hati isterinya menghadapi keadaan sebegini ya ALLAH..hanya ENGKAU yg Maha Mengetahui apa yg terbaik bg kami..hambaMU..amin" 
jam 4.15 ptg, aku menghubungi isteri beliau utk bertanya lebih lanjut tentang situasi guru besarku..dengan tabah isterinya menjawab, usus guru besar akan dibuang sama sekali..dan perut beliau akan ditebuk bg memudahkan pembuangan najis selepas ini...mungkinkah beliau akan ke sekolah seperti biasa selepas semua ini berlaku..aku tak mampu membayangkan keadaannya..
apabila suami kembali dr tempat kerja, si dia bertanya kenapa aku termenung..kulantas menjawab, memuhasabah diri sendiri..sejauh mana imanku jika menghadapi keadaan seperti itu..ya ALLAH, tak mampu kubayangkan..suami cuma menjawab, doakanlah bos awak supaya sembuh seperti biasa...
sehingga kini,
aku masih termanggu mengingatkan apa yg berlaku..mungkinkah umurku juga akan sepanjang seperti yg disangka..walaupun begitu, aku redha jika sesuatu itu telah tersurat utk kuhadapinya...
dengan kalimah2 ALLAH, kuterus panjatkan doa padaMU Ya Allah, agar ketua jabatanku sentiasa diberikan rahmat olehMU..amin

Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web