Sunday, September 14, 2008

Beruntungnya seorg wanita

Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan.... jadi 'kilang' manusia. tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. org lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur.

untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa2 suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yg banyak diterima di atas segala kebaikan suaminya yg tak disadari. bila dia lihat suaminya terengah-rengah di titian sirath dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah, segala dosa2 anak dan isteri yg tak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa2 lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tak durhaka kepadaNya.

Saturday, September 13, 2008

Wanita Ciptaan Istimewa

salam...
wahai semua sahabat..jadikanlah dirimu sebagai seorang wanita yang terbaik..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

anak buah terbaru..

salam..
ramadhan ya karim...semoga sumer sht n dilimpahkan rahmatNYA sentiasa. aku gembira yg tak terkata bila biras aku kol dr ppum 2 sept lalu..mengatakan dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg..alhamdulillah..

dulu,
semua hal aku citerkn pdnya sebab masa tu kami sama2 tiada zuriat..tp skrg, nampaknya semua berubah..aku keseorangan,..mencari diri..memuhasabah diri sendiri..mengapa masih belum dikurniakan anak walaupun kami selalu tidak putus berusaha..tp, kadangkala aku pilu...sering menyalahkan takdir..tanpa memikirkan itu mungkin yang terbaik bg kami buat ketika ini..mungkin juga ada rahmat yang kami tidak nampak dengan mata kasar..
berbalik kepada anak sedara terbaru...dengar cerita..adik ipar aku nak bg nama qaseh maisarah bt mohd jamal..sempena kelahirannya pd bulan yg penuh berkat..dan kelahirannya adalah sama tarikh dengan mamanya...alhamdulillah..

aku??
akan terus begini selagi terdaya di hati..menjadi seorg guru yg menyayangi semua murid yang ada..yg menjadi pengubat hari2 sepiku..seorang guru yang penghiba dan sentiasa lara hati..
apapun..aku terus bermunajat kepada Allah..agar ada mukjizat di bulan Ramadhan untuk kami berdua...

Tuesday, September 2, 2008

ramadhan ketiga..bersamamu suamiku

salam..

ramadhan tiba lagi..bulan yg penuh keberkatan..kuangkat tinggi tangan..kutadah ke langit mengucapkan syukur kpd Yang Maha Esa kerana masih memberiku peluang berbakti kepada suami yg dicintai..

ya Rabb..
sedih rasanya mengaminkan doa yg dibaca suami setiap kali selepas solat..aku bersyukur kepadaMu ya Rabb..dianugerahkan kepadamu suami yang terbaik..juga aku bersyukur yg tidak terhingga kerna masih mengetemukan aku pada RamadhanMu yang mulia..memberi peluang kepadaku terus berbakti kpd suami dan menyediakan juadah berbuka nya..

hubby..
pejam celik dh 3 kali ramadhan kita bersama...demi Allah, kasih dan sayang ini masih berbunga mekar kepadamu..dan segala yg telah kita lalui selama ini sudah cukup mematangkan isterimu ini..juga hunny mohon ampun atas segala keterlanjuran yang berlaku...

SALAM RAMADHAN

assalamualaikum..
buat semua yang mengenali..
untuk kalian..

tiada ucapan seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadhan, mohon maaf bagi lisan yg tak terjaga..janji yang terabai..hati yg berprasangka dan halalkan segalanya yg telah diberi..SALAM RAMADHAN KARIM...
Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web