Monday, June 16, 2008

yaya latest..


habiskan ikan kembung goreng...seekor tuh...


yang ni lak...tgah hirup kuah sup sayur yg mama buat..bestnyer...umm..


dh pndai pegang pen sndiri..tiap hari mesti cari pen nk tulis..maklumlah anak cikgu..


budak tak pandai duk diam..


yaya..cm nk marah jer kat mama..naper dik??


yaya..malu konon..hehe

gambar2 tersebut mama amik masa tgah lyn yaya 15 jun 2008...mknanya gambnar tuh plg latest lah..


Thursday, June 12, 2008

rentetan peristiwa..


di sini, aku serta beberapa keping gambar permata hatiku..anak2 didik yg menjadi nadi kehidupan seharianku...utk pengatahuan semua..anak muridku hanyalah 9 org shj...dorng lah racun..dorg jugalah penawar aku..rindu kalo dorg tak dtg skolah...

sama2 menelaah big book..animals kingdom..minggu nih tema hidupan air..

aktiviti fizikal..meniti kerusi sambil menjunjung pundi kacang..best sgt dorg main..huhu

anak2 harapan bangsa..

dengan piala pusingan Pertandingan Keceriaan Kelas 2008, juara bertahan 5 bulan berturut2..banggalah tuh dorng..padahal cikgu ngan ibu yg bertungkus lumus

Friday, June 6, 2008

nurul emilia natasya bt azmi


salam.. anak..itulah perkara yg sering diajukan oleh sesiapa sahaja yg mendengar tempoh perkahwinan kami telah menjangkau 3 tahun..semua masing2 dgn pendapat msg2..kenapa tak branak lg??? nk simpan bila lg..masa muda nilah nak kumpul anak.. tp.. hati mn tak tersentuh jika mcm2 terluah dr mulut mereka..nsiblah suami memahami keadaanku..bgku suamiku adalah segala2nya..dialah harta yg plg berharga dn sukar dijual beli..tak tertanding nilainya kepada diriku yg kerdil ini.. nurul emilia natasya.. mama sentiasa merinduimu walaupun dirimu sesekali tidak lagi ingin bersama mama seperti dulu..mama hanya mampu bertanyakan khabarmu melalui mama kandungmu..mama sentiasa mengingati segala bait perkataanmu..sungguh petah walaupun baru berumur 3 thun..mama menyayangimu sayang...semoga yaya akan menjadi anak yg berguna kpd ayah bonda pabila dewasa kelak..mama mendoakan kesejahteraanmu anakku...

Tuesday, June 3, 2008

isteri...


Mulianya seorang isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba² mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa² kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat² islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10


rindunyer...


anak2 ku..
rindunye cikgu kalian ini kpd karenah dan telatah kalian..
boring terasa setelah hampir seminggu bercuti..
agaknyer apa khbr kalian skrg yer...
apa yg kalian lakukan utk menghabiskan cuti selama 2 mgu..
argh..
cikgu telah kebuntuan..
pening memikirkan jwapan yg tak berapa pasti..
apa yg pasti..cikgu akan menanti kalian di depan pintu kelas
pd hari pertama persekolahan nanti..

Monday, June 2, 2008

seronok di kampung


yahoo..
baru nih 27 mei aku balik kmpung wlopon sendirian drive dr pekan..taklah jauh sgt..tp 4jam gak perjalanan..aku gerak dr cyber cafe hubby jam 2 pm..singgah kuantan g oximate masukkan topup hp hubby rm 450..pastuh trus gerak blk dungun..
jam 4 singgah kt stesen minyak kt cherating rasanyer..jam 5.45 singgah lagi kt psr malam bandar baru kertih..seronoknyer..lama dh tak dtg psr malam..huhu..
jam 7.00 mlm aku tiba di rumah mak..sengih org tua tuh menyambut ketibaan anak tercinta..
malamnyer...
aku jumpa kwn2 lama..makan2..borak2..mklumlh hubby tak blk..bosan gak kt umah sorg2..
sehari-harian tanpa suami di sisi..takder aper yg menarik..
cuma tiap hari dicengkam rindu kepadanya..
betullah..aku takleh berjauhan lama2...rinduuuu woooo
Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web