Thursday, November 26, 2009

Terbaru di blogku

salam..
baru ni hubby ajak mkn pizza hut kt kuantan parade sementara nak tgu laptop koda siap diinstalasi, pastu gerak balik ke dungun dengan perjalanan yang penuh berliku..lihat..antara gmbar yang menarik...


 pizza hut, kuantan parade




perjalanan pulang ke dungun...



majlis kwen...aku diminta andamkan pengantin baru..
sbg upahnya aku nak naik pelamin tu ngan hubby..
klakor je..

Friday, November 20, 2009

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


Bukit Gambang Resort City
16-19 November 2009
Kursus KSPK...


ni jer gmbr yg sempat amik..sibuk sgt!!!

huish..
ada sikit pinin ini kapla..thun depan guna kurikulum baru..
budak pra blk kul 12 tgahri, and the most important thing is..
kn guna 50% english..mana pndai?? apapun anggap ini sbg
cabaran sbg sorg guru yg memanusiakan manusia..
kedtgan 2010 mesti disambut dengan segunung
azam dan semangat juang yg tinggi

Cuti - Cuti Langkawi 13-15 November 2009

salam...


satu trip ke langkawi telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pekan..memandangkan ramai yg menarik diri di saat akhir..maka kami pon membawa suami yg terchenta masing2..antara yg menarik di sana...


muka2 capek kerana 12 jam berada di dalam bas...
tp tetap tak puas berjalan ke langkawi..kn g pulok ni..
saper naik join..meh kita pakat g ramai2

Ulangtahun Ijab Qabul yg ke4..12 November 2009


salam semua..
bulan november ditunggu2..hehe..

sket je gmbor yg sempat di'snap' oleh hubby..
apapun tqvm to my lovely husband..yg telah sama2'
sanggup meredah onak badai berumahtangga selama ini..
harap kebahagiaan ini milik kita selamanya..
i love u sayang..

Lama Tak Update

salam sumer..
akan ku update peristiwa2 selepas sukan tahunan skolah tuh...

mulai dgn pertukaran Guru Besar, En Zainudin b Mat Zin yg bertukar ke SK Mambang...terima kasih di atas segala perhatian dan kerjasama tuan...GB baru kami dr SK Chini 2, En Ruslan Hj Ali..tak taulah cmner karekternya..kita tgu dan lihatlah..sbb we can't jugde the book by it's cover..apapun..selamat datang kepada GB bru..

Monday, October 19, 2009

Sukan Tahunan 2009, SK Permatang Keledang, PEKAN

salam..
arini telah berlangsung sukan tahunan SKPK kali ke 8, 2009..
dirasmikan oleh YB Adun Peramu..En Ibrahim b Awang Ismail..
turut dimeriahkan dengan acara ibubapa dan pegawai sukan..
as usual..aku jd master of ceremony ngan engku khairi..
hangus ar gak muka ngan lengan aku..sbb dpt baju lengan pendek..
last minit tukor..tak sempat nk bli gad lengan..apapun..enjoy..

setelah 14mgu aku bertapa di KL..jd kira bestla..coz dpt kembali bergurau senda n gelak ketawa bersama kwn2 sekepala..huhu..especially matun..jadi, viewers..enjoy..

Thursday, October 8, 2009

Nak Abis Dah..

assalamualaikum..


ari ni..khamis / 8 oktober 2009..
aku masih di SK Taman Alam Megah, 
Seksyen 28..
shah alam..selangor darul ehsan..
apapun aku berterima kasih kpd warga SKTAM 
krn memberikan kerjasama yg jitu kpd kami
juga kpd pensyarah pembimbing..puan ct khazimah yg cun tu..

esok..hari terakhir praktikum kt sini.. n tamatlah sesi praktikum selama 4 minggu..
minggu depan kn masuk ke maktab semula tuk minggu persediaan peperiksaan,
hari khamis 15/10/2009 aku exam for kdpgbsr..
juga aku ucapan tq tuk semua pensyarah dan kwn2 yg sama kursus..
atas kerjasama dan bantuan selama ini 
n  khamis tengahari balik ke pangkuan suami semula..
yahooo.....
akhirnya, dalam tak sedar..aku hampir berjaya tamatkan 
kursus selama 14 minggu di  KL..
berjaya harungi..suka duka kehidupan dalam berjauhan dengan 
suami tersayang..
harta yang paling berharga..
jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada suami
yg selama ini sabar dan melayani segala kerenahku..
membeli tiket utkku pergi balik ke kl..
mengharungi hari2 sendirian tanpa isterinya.. 
pekan....
nntikan kepulanganku...

 

Wednesday, September 23, 2009

Majlis Bertunang 23.09.09


raihana n tok mek ( mak mentua aku )
dan aiman ( anak buah hubby ) kt blkg tuh

saksikan wajah2 keceriaan
di majlis pertunangan sepupu hubby
selanjutnya...
huhu...


aku n adik ipau..pakai sandle org tuh..


hubby..aku..raihana ( anak buah hubby)..
saaidah hannah ( adik hubby )


ayah mentuaku ngan menantu saudaranya...


nilah rupa sepupu hubby yg bertunang arini..
ntah nama apa sbb kami panggil dia kakak je..
sejak ari pertama aku masuk lam kuarga hubby
dia dikenalkan kepadaku ngan nama tu..

rombongan dr pihak lelaki..from temerloh

apapun..
majlis berjalan lancar dengan kerjasama
dr semua saudara mara..tq bg pihak tuan rumah..
huhu..
dan, aku doakan tali silaturrahim yg terjalin
hari ini akan terus kekal hingga ke akhir nafas mereka..
dan, jika diizinkan Allah..cepat2 dikurniakan anak
satu hari nanti..lebih cepat dari aku..
amin...





Salam Aidilfitri 1430h


assalamualaikum..
selamat hari raya dan maaf zahir batin atas segala kesilapan
samada yang sengaja mahupun tidak..
ikhlas drku dan suami..


jom g beraya..
kami masih beraya berdua tahun ke4 ni...


nak g beraya ke rumah sedara mara di
kuala terengganu...

semoga kita masih diberi peluang olehNya untuk
merasai kenikmatan dan keindahan di hari raya
di tahun akan datang...



Thursday, September 3, 2009

Ramadhan ke 4..berjauhan

salam..
ramadhan menjelma lg..di saat ini aku kembali bergelar pelajar..
sedaih jugak, sebab ramadhan kali ni memaksa aku berjauhan dengan suami..
makan minumnya sepanjang ramadhan kali ini sedikit terabai..
walo cmner pon..
aku brsyukur..sebab mgu pertama ramadhan dapat aku habiskan
bersamanya..di rumah kedai kami yang tak seberapa..
mmglah saat berjauhan ni membuatkan aku seringkali menitiskan
airmata..fikirkan juadah apa yag dimkn suamiku utk berbuka puasa..
tp..
aku tetap menghargai pengorbanan hubby..
dia slalu berkata..dia tanak jd penghalang kejayaan aku..
dia jugak yg slalu beri dorongan dan kekuatan kepadaku untuk
terus menghadapi segala cabaran dan dugaan berjauhan dengannya..
apapun..
aku terlalu menghargai setiap apa yg dilakukannya..
sejak dulu lg..

Monday, August 3, 2009

Genap 19 tahun

assalamualaikum...
arini 3 ogos 2009..tanggal tarikh yg sama 19 tahun lalu..
kebahagian kami diragut apabila ayah kesayangan kami
meninggal dunia pd satu kemalangan jalan raya di jalan
jerangau - jabur..sedih bukan kepalang..apatah lagi di saat
kami sedang membesar dan aku hanya berumur 7 thun masa tu
tapi,,
kami adik bradik tetap bersatu after 19 years he left us..
al fatihah buat allahyarham ali@ abd razak bin jusoh..
ayahanda tercinta..moga roh arwah ayah di tempatkan
bersama golongan tabi' tabiin..amin..

Saturday, July 18, 2009

New Combination


nilah kombinasi terbaru dalam kehidupanku..
henpon yg dihadiahkan oleh hubby smpena tahun ke11
perkenalan kami telah kutambah ceria dengan pengikat hp
yg aku beli kt gerai sempena minggu orientasi ppsimp ibmm..
mgu lalu..harganya 2 ringgit satu uruf..bermakna tali tuh harganya rm10
sahaja..takperlah..yg penting cantik berkilauan...
huhu...
honey tuh nama panggilan yg hubby berikan pada aku
sejak kami couple lagi..seblas tahun yg lalu..
harapanku..agar hubungan ini berkekalan ke akhir nafas kami..
amin..



Aku Belajar Lagi

alhamdulillah..
aku menerima tawaran kursus dalam perkhidmatan 14 mgu bimbingan dan kaunseling dengan hati yang terbuka dan berlapang dada..berkat bantuan daripada suami tercinta...akhirnya pada 13 julai 2009, aku mendaftarkan diri di IPGM kampus bahasa melayu, lembah pantai..

berjauhan dengan suami membuatkan aku semakin tabah tambahan pula asrama tidak disediakan..aku berulang ke kuliah dr umah adik hubby di tropicana, pj..pertama kali belajar naik lrt sendiri..taklah susah sgt..tp tanpa keberanian..mimpi takkan bermakna..aku petik kata2 afdlin shauki dalam citer soal hati..

apapun..aku berterima kasih kepada pihak yg terlibat dengan kejayaan aku ini..walaupun dianggap kecil oleh sesetengah pihak..tapi bukanlah mudah untuk aku membuat keputusan mengorbankan diri untuk kebaikan sekolah di masa depan..

harapan aku..setelah tamatnya sesi pembelajaran nanti..dapatlah sedikit sebanyak aku membantu pihak sekolah dan asrama dalam menangani kes2 disiplin walaupun aku takkan jadi warden aspuri lagi..

apapun, terima kasih atas doa suami yang tidak pernah putus..berjauhan dengannya membuatkan aku makin bersemangat utk belajar memandangkan besar pengorbanannya sebagai suami yang sanggup benarkan aku berjauhan..

Thursday, July 9, 2009

luahan suami isteri

30 Luahan Perasaan Suami

1..”isteriku, Iktitraflah kelakianku”
2.”Isteriku, Jagalah Rumahku”
3.”Isteriku, Janganlah Leteri aku”
4.”Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
5.”Isteriku, Berbincanglah dengan ku”
6.”Isteriku, Hiasilah Dirimu”
7.”Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku”
8..”Isteriku, Hargailah pemberianku”
9.”Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
10.”Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
11.”Isteriku, Jagalah pakaianku”
12.”Isteriku , Didiklah Anak-Anakku”
13.”Isteriku, Raikan Keluargaku”
14.”Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu”
15.”Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
16.”Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
17.”Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
18.”Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
19.”Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu”
20.”Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku”
21.” Isteriku, Bantulah Kejayaan ku.”
22″Isteriku, “Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia”
23.”Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku”
24.”Isteriku, Janganlah Boros”
25.”Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
26″Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
27.”Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku”
28.”Isteriku, Berjimat Cermatlah”
29.”Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
30.”Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku.”

Keluhan Isteri Terhadap Suami

1. suamiku…bimbingla h keluargamu.. .
2. suamiku…janganler rileks aje…tolonglah sikit !!!
3. suamiku…jagalah matamu…
4. suamiku…jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku…jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku…dengarlah rintihan hatiku….
7. suamiku…bertutur dengan lembutlah nganku…jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku…setialah pada keluargamu.. ..JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku…bersabarl ah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku.. .ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku.. .makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku.. .pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

p/s...harap jd panduan saya dan anda semua yg menjejaji blog ini...


Thursday, June 25, 2009

Semua Tak Sama


hubby sayang,
ni lagu yang menjadi titik tolak perhubungan kita
hampir sedekad yang lalu...
..........................................................................................

Dalam benakku lama tertanam

Sejuta bayangan dirimu
Redup terasa cahaya hati
Mengingat apa yang telah kau berikan

Waktu berjalan lambat mengiring
Dalam titian takdir hidupku
Cukup sudah aku tertahan
Dalam persimpangan masa silamku

*Coba tuk melawan getir yang terus kukecap
Meresap ke dalam relung sukmaku
Coba tuk singkirkan aroma nafas tubuhmu
Mengalir mengisi laju darahku

Reff.
Semua tak sama, tak pernah sama
Apa yang kusentuh, apa yang kukecup
Sehangat pelukmu, selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu

Apalah arti hidupku ini memapahku dalam ketiadaan
Sgalanya luruh lemah tak bertumpu hanya bersandar pada dirimu
Ku tak bisa (sungguh) tak bisa
Mengganti dirimu dengan dirinya,

Menanti Sebuah Jawaban

lagu yang sering menjadi nada dering h/p kesayangan ku..
enak untuk didengar..sayu untuk dihayati..
apapun, ni antara lagu feberet aku..

________________________________________

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu


Wednesday, June 17, 2009

Sesi Busy Kembali Lagi

semalam, guru besar panggil aku masuk ke biliknya..tau dah apa yg akan terjadi pada aku...kalo dah aku kena panggil personal cmtu mmg ader keje yang akan membuatkan aku bertambah busy..sebagai guru penyelaras latihan dalam perkhidmatan peringkat sekolah aku merupakan seorng guru yang agak bz..
gb mintak buat handle dua short course n kena siapkan paper work b4 tomorrow..maknanyer semalam gak..n that's mean aku kn stay kt skolah sama ngan pembantu tadbir..kul 5 baru balik..keje aku makin melambak..aku siapkan dua kertas keje dan berkejar ke pej pel daerah tuk submit sumer tu pd pegawai ppd yg bertanggungjawab..
hari ni masih bz bincang menu tuk kursus ptg nt dan sabtu nt..penat gak..huhu, tp dh nama pun tugas kenalah buat yg terbaik..lagipun apa guna APC yang aku dpt kalo aku malas jalankan tugas..
apapun aku bersyukur dengan apa yg Allah anugerahkan kepada aku..dgn persekitaran kerja yang kondusif..aku seronok di samping kawan2 yang memahami..yang paling penting..suami yang cukup memahami..alhamdulillah syukur..dan dengan keadaan itulah juga membuatkan aku lebih semangat utk menjalankan amanah yang diberikan...

My WJE9033 accident

depannyer

kemek punggungnyer

tgok title pun korang dh bley agak aper entry aku kali ni..
alangkah sedihnya bila tengok wje aku accident..
kemik depan belakang..semuanyer bermula apabila kami ke gombak utk meraikan pengantin baru..azizul n noreen..lepas kenduri ari sabtu 6/6/09 tuh kami bergegas ke shah alam tuk ke rumah kak long aku..smpai di ampang depan sket dari zoo negara jln agak sesak..hubby memandu dlm keadaan yg ckup berhati2..tetiba kereta kami dilanggar dari belakang oleh sebuah waja jugak..kami terdorong ke depan dan melanggar sebuah persona..rupa2nya persona tersebut turut menghentam proton di hadapannya..apa boleh buat..dlm keadaan panik kami keluar dr kereta yang dh berasap..
aku merenung kereta kesayangan dengan perasaan berbelah bahagi..yg plg byak aku rasakan saat itu ialah kesedihan yang melampau2..aku meraung bukan sebab apa2 injured tp sbb hancur luluh tgok waja kesayanganku itu remuk depan blkg...oh tidak!!!!!!
hubby didatangi seorg negro..rupanya dia yg menjadi punca semua yg berlaku..
dia memandu dengan agak cuai di lorong paling kanan...kami yang menaggung akibatnya..sedih..
tp kami redha..apa yg berlaku mungkin ada hikmah tersembunyi..
mlm tuh..aku ke pekeliling tuk mencari tiket dan pulanglah kami ke kuantan menaiki plusliner..alhamdulillah aku ngan suami tercinta tidak mengalami apa2 kecederaan..
apapun.. thank to Allah for all of hikmah beside the tragedy..


Tuesday, May 5, 2009

Hasil Kerja Tanganku

aku..punye satu hobby baru sejak akhir2 ini...wt hantaran orang kwen...


hantaran terbaru 2 mei 2009




tempahan bakul hiasan

hantaran perkahwinan



hantaran pertunangan



bakul hantaran perkahwinan..

sekiranya berminat..hubungi daku ya...


Wednesday, February 25, 2009

My Feberet Story

kisah yang kucedok dr tenet...untuk tatapan sumer sahabat blog..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya... InsyaAllah.......

Sunday, February 15, 2009

hari ini

salam korg...
arini aku celik mata jam 6.30pg..solat subuh, iron baju kurung ungu tuk g meeting PIBG..nih meeting khas tuk menetapkan pakej bayaran persekolahan sesi 2009. hubby selaku naib setiausaha tanak g meeting..jadi akulah nampak gayanyer kn tayangkan slide show tuh nanti..
dah siap2..minum air suam ngan seulas kurma..aku trus panaskan enjin waja aku...n g amik PS system kt bilik audio asrama...usung speaker box yang bapok besor..brasa gok nyengat sket dada td..mklum ar aku ader asma..dokleh angkat mnder berat2..
pastu...trus g skul..pasang PA system ngan cikgu khairul...org lain tak nampak batang idung pun lagi..pdahal surat aku edarkan tulis 8.30pg stat meeting tuh..kul 9.15 barulah bley mula...
dh tmat meeting..kemas dewan skul..cabut smula PA System..antar semula ke bilik audio asrama..g kedai tayar..tampal tayar kete yg bocor tuh..singgah lepak kat cyber cafe hubby jap..layan2 yahoo mesger jap..pastu pok mentua aku kol...mintak buatkan kad jemputan kawen adik ipar aku..blk umah solat zohor..bukak laptop..guna publisher tuk wt kad tu..and kul 5.00 siap.. mandi, solat asar..masuk dapur siapkan makan malam tuk hubby..masak simple jer..prepared baju melayu hubby n bentang sejadah tuk berjemaah ngan hubby..basuh kain baju kotr lam mesin basuh jap..tgu hubby balik...
tulah keje aku seharian hari ni...smpai ke mgrib...

kereta...

salam..
dinihari ni..aku nk citer psl kete aku..malam semalam g tgok wayang ngan hubby..mulanya g megamall cari dvd movie..sambar 6 keping..ntahlah hubby bli citer aper..aku pon lom tgok lg..masa nak gerak ke kuantan tuh aku dh isi angin pada tayar blkg belah kanan..slumber arr g kuantan..lps bli dvd..naik kt GSC tgok ramai giler org beratur..mgkin dorg nk tgok upin, ipin kot..hubby pon ajak g LOTUS jer kt kompleks teruntum..pglh kami ke sana..park jer kete kt bwh kompleks..aku pekik kt hubby " b, bkper tayar kete kepeh blepeng???"..hubby kata " nyer kepehlah mugenyer bocor"..
kami pun naik kompleks dulu g bli tiket..nk tgok ONGBAK2..lps bli tiket show 11.20mlm..kami pun turun tukar tayar..lepas dh tukar tayar tu..lapo pulok...tgl jer kete kt situ..kami jalan kaki g makan kt kedai seberang jalan stesen bas benteng tuh..best lak jln gitu..bley merasa hubby pimpin tangan masa lintas jalan..hahahaha..seronoknyer..
show abih lm kul 1.00 lebih..kami pun gerak balik ke pekan...tp aku tk terus tido bila smpai umah..wat presentation tuk meeting PIBG arinih...
bersambung.....

Thursday, February 12, 2009

wahai sahabatku!!!


ngan mr low peng chuan..lecturer pj ktorg..


yg laki tuh saifullah yg dh jd tokey nasik kukus kt kl..
byak dh cwgn dgr kabarnyer..


salam..

malam ni rajin sket update blog aku nih..
biarlah tader yg mengikutinya pon..
tp dengan cara ini dapat mengurangkan tekanan
dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia biasa..
yg tak pernah lekang dr masalah..
post kali ni..aku upload gambar kenangan zaman
blaja kt maktab perguruan kota bharu dulu..
batch 2002-2004, kg/pm...
apa yg pastinya..aku amat merindui saat2 yg bermakna itu...



kenangan..


salam.. anak didikku yg sentiasa dirindui...
harghhhh rindunyer kt nizam yg wt spek kt mata dia tuh..
dia dh tukar ke perak..
ijam..kam rindu samo ajeh..

ajeh mpak rindu samo kam yak??


penyiasatan..

salam..

ari nih 11 feb 2009..skolah kami didatangi oleh pegawai penyiasat
jabatan pelajaran negeri..tuk aper?? ha..try korng sumer teka...tetiba jer peg. tu dtg..
apa yg psti..dorg takkan turun sesajer kalo tader mnder yg dorg cari..
hakikatnyer..my skul mmg byak problem tahun ni..gb arr dok braper
molek prangainyer..kmi mmg tensen ngajar hari2..tambahan lg ngan prangai
ketua jabatan yg cm giler lah sgt kuasanya..
masa tgah minum kt kntin skolah, tetiba budak dtg pgl..ckp pgwai jpn tuh
pgl aku..hahahha..nak soal siasat aku lak ker??
apap yg dia ty?? psl guru besar arr..
tolonglh..kpd sumer yg mengikuti blog aku ni..doakan supaya kami dpt
gb baru 16 feb 2009 nanti..sbb aku dgr ader
pertukaran guru besar secara besaran dalam daerah kami..
apa yng kami bimbangkan ialah masa depan anak2 didik kami..
dhlah orang asli..ngarapkan kami semata2 tuk mendidik dorng..tapi,
bila ktorg dah tader keseronokan bekerja yg menjadi tonggak 12 dlm perkdmatan
awam tuh..apa akn jd pd budak2 tuh???
renung - renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, February 3, 2009

Gading Bersilang

salam..
banyak sgt keje minggu nih..maklum arr kena masuk Pertandingan Gading Bersilang tuk 2009 nih..gb aku bgtau ari khamis n org PPD nk dtg memantau 2,3 feb 2009..mana sempat!!!! aku pun kerahkan semua keringat dan tenaga yang ada tuk menceriakan kelas aku yg agak usang..hehehe..sbnrnya dorg ckp dh cntik..tp aku slalu tak berpuas hati ngan hasil keje sndiri..jadi..selama dua ari dua malam aku berkampung kt skolah..dptlah hasilnya..
gb aku lak ngan sengih2 nyer dtg mantau pra aku td..
" comey ar nih..." katanya..dia dok tau aku cm kucing jatuh anak
dtg skolah tiap2 hari..penat wooo..smpai hampir demam..nasib ar suami aku cepat sedar..
kalo tak..mlm tuh aku dh sawan dh..badan aku panas sgt..
tungkus lumus wt keje smpai tak ingat makan minum..
bahaya.... bahaya..
apapun..aku dok kisah wlopun tak terpilih..cuma antara yg tak terpilih tuh aku tanak ar duk nombor ngelast org kata..hehe..biarlah nmpak gak apa yg aku wt..nmpak sket cm nak msuk bertanding..kn???


Tuesday, January 27, 2009

The New Me


salam again...


My Lovely Niece..Qaseh Maisara bt Mohd Jamal


aku dan sesuatu.. ntah aper yg sesuatu tu..
apapun..nih amej barulah konon..
tuk 2009



Cuti Yang Membosankan


My Lovely B n Qaseh
salam..
cuti raya cina kali ni agak boring..sebabnyer aku takleh blk dungun..alasan yg lebih kukuh naper aku tak leh blk adalah kerana...tadok saper kt umah mok aku..bosannyer..semalam adik ipar, isteri n anaknyer dtg bermalam kt umah aku..disebabkan adik ipar aku wt permintaan nak makan mee kari..jadi aku realisasikan hajat besarnyer itu..anak sdara aku..qaseh dn besar..cantik lak tuh..n dh pndai mengagah.. dorg balk kul 1 tgahri td ke kl..aku pun kembali bosan...duk umah..kemas umah..tido..tido..tido..ngan kain batik tak sempat nak salin aku smbut tok laki kat muka pintu..wakaka..tgok spa q2 yg ntah hapa2 citernyer..pastu layan Mo8, citer thai..pastu siapkan makan malam..hubby siap2 nak g ofisnyer lak..hehe..malam2 pon keje laki aku nih...
then..
aku siapkan sket lagi sesi mendobi yg tergendala masa aku tdo ptg td..aku msukkan gambor lam pendrive aku..and siap2 datang temankan laki aku kt kedainya...and now i'm here...wakaka..tgah taipkan something to my blog..blog lah sgt..

Saturday, January 17, 2009

Bosan

salam..

aku tak tau apa tujuan utama aku berblog arinih..ketika jarum jam mencecah angka satu..aku masih setia menghadap pc di kedai suamiku ini..
aku bosan dgn karenah birokrasi di skolah..GB yg giler kuasa pd pndgn kami..dengan markah prestasi yg mcm hampehhh..wlopun kami cm tak menang tgn wt keje..sedih gak kdgkala memikirkan nasib diri..
ntahlah..

ngape GB aku jd gitu gamaknyer??? dia ada mslah dalaman ker?? dia pernah diperlakukan begitu ker?? smpaikan sumer cikgu2 bawahannya dpt markah tak sampai 85%..sedih kami..gitu dia buat pd kami yg sering bertungkus lumus naikkan nama sekolah..aku sbg contohnya..wat bahan p&p tuk inovasi daerah..dpt tempat masa sambutan hari guru thun lps..dia bukan tak nmpak benda tuh sumer..tp...naper KEJAM sgt ngan kami..
kalolah GB aku terbaca blog aku ni..harap2 dia muhasabah diri..kami org bawahan mengambil contoh dr atas..kepimpinan melalui teladan..kami dah tiada keseronokan bekerja..mana perginya tonggak 12 dlm perkhidmatan awam??
ntahlah..


sampai bila kami akan jd mangsa keadaan????? sampai bila???
Ya Allah..bukakanlah pintu hati GB kami tuk lebih memahami perasaan kami..hilangkan sifat diktator dlam hatinya..dan kurniakanlah kpdnya hati yg hilang dr sifat mazmumah..amin
Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web